Monday, November 3, 2008

Orang Perempuan ni bengkok?

Erk! Bengkok (bend) ker aku nih? .. kenapa Nabi pernah katakan org perempuan ni mcm tulang rusuk yang bengkok? Mushkil..

Dari satu artikel yang aku cedok isi kandungannya.. Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" or yang menyempurnakan (betul ker ayat aku nih?).

Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat 'pelindung'. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.
Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, ada kah baginda hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelak?.. mungkin juga..

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik

(Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

See, Nabi pun dah warning kat kaum lelaki - kalau korang terlalu berkeras, korang mungkin akan "mematahkannya". Tapi tak pula bermaksud di biarkan begitu sahaja, kerana ia akan terus bengkok..

Point dia di sini, sebagai lelaki, dalam apa jua keadaan harus menjaga dan mendidik kaum wanita - sama ada isteri, mahupun saudara perempuan kita. Approach yang digunakan perlulah tepat, lemah lembut dan berhikmah, agar tidak "patah". Walaupun perempuan ini sukar difahami.. wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Nowaday man and woman is equal. Woman can protect man.

Anonymous said...

hehehe.. Teh, i knowlah.. you did confessed that you are 'not that brave' but.. i believe a man nature is to be a lead & to able to protect his love ones.. so.. you better learn from now.. :P