Showing posts with label takzkirah. Show all posts
Showing posts with label takzkirah. Show all posts

Monday, November 3, 2008

Orang Perempuan ni bengkok?

Erk! Bengkok (bend) ker aku nih? .. kenapa Nabi pernah katakan org perempuan ni mcm tulang rusuk yang bengkok? Mushkil..

Dari satu artikel yang aku cedok isi kandungannya.. Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" or yang menyempurnakan (betul ker ayat aku nih?).

Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat 'pelindung'. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.
Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, ada kah baginda hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelak?.. mungkin juga..

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik

(Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

See, Nabi pun dah warning kat kaum lelaki - kalau korang terlalu berkeras, korang mungkin akan "mematahkannya". Tapi tak pula bermaksud di biarkan begitu sahaja, kerana ia akan terus bengkok..

Point dia di sini, sebagai lelaki, dalam apa jua keadaan harus menjaga dan mendidik kaum wanita - sama ada isteri, mahupun saudara perempuan kita. Approach yang digunakan perlulah tepat, lemah lembut dan berhikmah, agar tidak "patah". Walaupun perempuan ini sukar difahami.. wallahualam..

Hati @ Heart

Bila berbicara soal hati.. macam2 akan kita cuba definasikan.. dari hati lahir rasa cinta.. dan dari hati juga lahir rasa benci.. Ada org kata.. hati raja pada manusia. Betul ker? Kenapa hati yg menjadi raja bukan akal? Bukankah akal makhluk yg bernama manusia ini amat istimewa? Ermm… Terpulanglah pada intrepretasi masing2.. Pada aku.. akal & hati sama2 ada peranannya.. sama2 penting.. tapi.. kalau akal tak cukup bijak & hati tak cukup murni.. bagaimana? (tanya lagi..)

Hati seorang yang Islam sering terpagar dengan do’s & don’t.. dosa & pahala sebagai seorang muslim.. Solat, amal ibadah juga didikan agama yg sempurna.. Harapnya dpt menyucikan hati nurani.. Aku rasa.. semua agama pun punyai ajaran yang baik begini.. tapi.. iyerlah.. kita ni manusia.. Di jaga dek dua malaikat pun masih tak dpt halang dari membuat dosa.. Dengan si setan tu jugak kita nak berteman baik.. silap2 sampai bercouple..

Solat? Dah solat dah korang? Untuk kawan2 non-muslim.. ‘Solat’ in simple word.. is sembahyang or prayer.. Solatlah wahai kawan2 ku.. sesungguhnya.. hanya dengan solat yg dpt menyucikan hati kita.. kembalikan ketenangan hati tatkala kita serabut mengejar hal dunia.. dengan solat insyAllah redha & rahmat Nya sentiasa di sisi kita.. Kita ni entah tak tahu sampai mana hayatnya.. kalau esok tuhan kata "kun faya kun" tak ada apa yg dpt menghalang..

Aku pun dulu pernah alpa (skg pun ada lagi..) Tapi aku berusaha untuk buat yg terbaik.. demi akhirat ku.. dan juga demi redha & rahmat dari Nya.. insyAllah..