Thursday, January 22, 2009

Al-fatihah for Along

Along atau nama sebenar Fadzli, rakan sekerja my hubby telah kembali kerahmatullah pagi tadi. Arwah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Beliau malangnya menjadi mangsa langgar lari. Yang lebih menyedihkan, mayat mangsa terdampar di tengah jalan tanpa ada siapa yang sudi berhenti membantu.

Rakan sekerja yang kebetulan lalu di tempat kejadian memberitahu rakan yang lain termasuk my hubby.. Mereka ni lah yang sama2 membantu pihak Polis & keluarga arwah menguruskan jenazah arwah dari atas jalan raya ke hospital dan sehingga selamat sampai kerumah keluarga arwah.

Terdetik rasa simpati dan sedih kepada arwah atas petaka yang menimpa dirinya dan keluarga. Tapi dlm masa yang sama bangga, kerana arwah punyai rakan2 sejati dari waktu hidupnya hingga saat dia hanya tinggal sekujur tubuh tak bernyawa. To my hubby, I really proud of your braveness & loyal to a friend..
Aku sempat bertemu arwah kira2 3 minggu yang lalu ketika my hubby, arwah & 2 rakan kerja yang lain datang ke rumah untuk makan tengah hari.. Benarlah kata my hubby, along ni suka bergurau tapi baik orangnya.
Sesungguhnya Tuhan tu maha mengetahui segala yang terzahir dan yang tersirat di muka bumi ini. Dari DIA kita datang.. kepada DIA juga kita kembali.. Ajal Maut tak menunggu masa, tak kenal rupa & tak memilih siapa..

Al-Fatihah untuk Arwah Along..

Arwah Along & a friend - Lee

2 comments:

Anonymous said...

Alfatihah...
Dari DIA kita datang...kepada-NYA kita pulang...
Moga Arwah ditempatkan dalam golongan orang yang mukmin..
untuk Lie...moga tabah dengan kehilangan 2 orang tersayang...

Anonymous said...

Betul.. Jodoh pertemuan, ajal maut bukan urusan kita.. apa pun kita kena redha dengan ketentuan dari NYA.. Siapalah yang tak sedih ngan kehilangan org tersayang.. Sabar, redha & doa untuk al-marhum adalah yang terbaik..

Thanks for reading my blog..